Hikmah berwakaf
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:
- menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
- sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
- mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
- berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
- Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
- Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.